Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


HitamHow to read this color infobox
Tentang koordinat ini     Koordinat warna
Hex triplet#000000
sRGBB  (rgb)(0, 0, 0)
CMYKH   (c, m, y, k)(0, 0, 0, 100 †)
HSV       (h, s, v)(-°, -%, 0%)
Sumber[Unsourced]en:Category:WikiProject Color articles needing infobox sources
B: Dinormalkan kepada [0–255] (bit)
H: Dinormalkan kepada [0–100] (ratus)
† Pelbagai gabungan CMYK
c m y k
0% 0% 0% 100% (berkanun)
  100% 100% 100% 0% (dakwat ideal, teori sahaja)  
100% 100% 100% 100% (hitam penindihan tepat)

Hitam boleh ditakrifkan sebagai kesan penglihatan yang dialami sewaktu tiada cahaya nampak tiba di mata. Oleh itu, hitam ialah lawan putih yang merupakan kesan yang dihasilkan oleh mana-mana satu gabungan cahaya warna yang sama-sama merangsangkan ketiga-tiga jenis reseptor lihat yang peka warna.

Pigmen-pigmen yang menyerap tanpa memantulkan cahaya balik ke mata "kelihatan hitam". Bagaimanapun, pigmen hitam boleh dihasilkan daripada gabungan pelbagai pigmen yang bersama-sama menyerapkan kesemua warna. Jika ketiga-tiga pigmen warna dasar dicampurkan dengan jumlah yang sesuai, hasilnya akan memantulkan amat sedikit cahaya supaya boleh dikira sebagai "hitam".

Yang tertulis di atas memberikan dua pemerian yang nampaknya berlawanan, tetapi sebenarnya saling melengkapi satu sama lain untuk takrif hitam. Hitam ialah ketiadaan kesemua warna cahaya, atau gabungan habisan untuk pigmen-pigmen yang berbilang warna. Sila lihat: Warna-warna dasar

Dalam bidang fizik, jasad hitam ialah penyerap cahaya yang sempurna, tetapi melalui peraturan yang berasal daripada Albert Einstein, jasad hitam juga merupakan pemancar yang terbaik, sewaktu dipanaskan. Oleh itu, pendinginan menyinar yang terbaik di bawah cahaya matahari ialah penggunaan cat hitam, tetapi adalah penting bahawa bahagian inframerah bagi cat itu harus hitam juga.

Dalam sains asas, cahaya ultraungu yang jauh dinamakan "cahaya hitam" kerana tidak kelihatan, cahaya itu menyebabkan banyak mineral dan bahan-bahan yang lain mempendarfosfor.

Pelbagai warna hitam[sunting | sunting sumber]

  • Hitam berkilat: warna hitam yg berkilat
  • Hitam legam (pekat): warna yang sangat hitam
  • Hitam manis: warna hitam kemerah-merahan
  • Hitam tampuk manggis: hitam seperti kulit buah manggis
  • Hitam usam: hitam yg tidak berseri (kotor)


Penggunaan dan perlambangan[sunting | sunting sumber]

Konotasi negatif[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Melayu menganggap kelainan warna hitam yang berlawanan dengan warna putih sebagai perkaitan dengan penyakit melawan "penawar".[1]

Di Dunia Barat, hitam seringnya digunakan dengan konotasi negatif. Terdapatnya pelbagai alasan untuk ini, tetapi penjelasan yang diterima dengan paling meluas adalah bahawa malam dianggap oleh manusia sebagai sesuatu yang negatif dan berbahaya. Alasan sekunder adalah kerana bintik-bintik kotor boleh dilihat dengan terang-terang sebagai tambahan gelap, khususnya pada bahan-bahan yang berwarna pucat. Dalam kebudayaan-kebudayaan Barat yang berdasarkan kelas, kulit "pucat" menunjukkan kelas-kelas atasan, kerja-kerja intelektual atau kerja-kerja di rumah, bertentangan dengan kerja-kerja kasar di ladang. Aspek-aspek pertentangan hitam/putih bukannya unik sahaja di Barat, umpamanya sistem varna di India.

Penulis-penulis Afrika, Afro-Caribbean dan African-Amerika, seperti Frantz Fanon, Langston Hughes, Maya Angelou, dan khususnya, Ralph Ellison, mengenal pasti beberapa perlambangan negatif terhadap perkataan "hitam", dan memperdebatkan bahawa dualisme baik lawan buruk yang dikaitkan dengan putih dan hitam telah memberikan konotasi berat sebelah kepada metafora warna untuk ras.

Contoh-contoh perlambangan negatif untuk warna hitam termasuk:

  • "Hari hitam", dalam kebudayaan-kebudayaan tersebut, merujuk kepada hari yang sedih atau penuh tragedi. Umpamanya:
  • Orang Rom menandakan hari-hari "fasti" (bahasa Latin untuk "hari-hari yang mana urus niaga boleh dibuat dengan beriman") dengan batu-batu putih, dan hari-hari "nefasti" (lawan untuk fasti) dengan batu-batu hitam.
  • Banyak puisi dan lagu menggunakan perkataan "hitam" dengan konotasi yang negatif, umpamanya "Catkan hitam" ("Paint It Black" (Rolling Stones)), "Bayi Hitam" ("Baby's In Black" (Beatles)), "Anjing Bermata Hitam" ("Black Eyed Dog" (Nick Drake)), "Meluntur menjadi Hitam" ("Fade to Black" (Metallica)).
  • Warna hitam sering digunakan dalam lukisan, filem dan kesusasteraan untuk membangkitkan kebimbangan atau untuk melambangkan kematian. Warna ini juga digunakan untuk perayaan Halloween.
  • Dalam ilmu jata Inggeris, hitam membawa maksud kegelapan, keraguan, kejahilan, dan ketidakpastian. (The American Girls Handy Book, m.s. 370)
  • "Kawasan hitam" ialah kawasan yang dianggap tidak selamat kepada negara.
  • Hitam sering digunakan sebagai warna perkabungan. Dari segi sejarah, balu dan dadu dikehendaki memakai pakaian berwarna hitam.
  • Komedi hitam ialah sejenis komedi yang berkenaan dengan topik-topik yang mengerikan ataupun serius.
  • Sihir hitam ialah sejenis kuasa ajaib yang sering dikaitkan dengan kematian.
  • Senarai hitam ialah senarai orang atau entiti yang tidak diingini.
  • Perempuan sihir yang jahat sering distereotaipkan sebagai orang yang memakai pakaian berwarna hitam, sedangkan pari-pari yang baik memakai pakaian berwarna putih. Penyangak-penyangkak melodrama memakai pakaian hitam, sedangkan heroin-heroin memakai pakaian putih. Dalam banyak cerita koboi Hollywood, koboi-koboi yang jahat memakai topi hitam, sedangkan koboi-koboi yang baik memakai topi putih. Pakaian untuk menghadiri upacara pengebumian berwarna hitam, sedangkan gaun pengantin berwarna putih.
  • Kambing hitam ialah orang yang dipersalahkan dalam sesuatu kejadian.
  • Kucing hitam sering dianggap sebagai nasib malang.
  • Propaganda hitam ialah propoganda yang menggunakan kepalsuan dengan sengaja, kebenaran yang tidak penuh, atau sandiwara untuk mengelirukan pesaing.
  • "Menghitamkan", selain daripada bermaksud menyebabkan jadi hitam, juga bermakna memburuk-burukkan pangkat, nama, dan lain-lain, atau mencemar.
  • "Titik hitam" ialah rekod yang tidak baik. Jika anda adalah dalam "buku hitam" seseorang, ini bermaksud anda telah menjadi kebencian orang itu.

Peribahasa bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

  • Suruh putih hitam datang: Kemuliaan yang dikejar, kehinaan yang diperoleh.
  • Putih dikejar, hitam tak dapat (sama dengan "lepas putih, hitam tak dapat"): Baik-baik dalam kesenangan dan pekerjaan yang berfaedah, tiba-tiba dilepaskan dengan sia-sia.
  • Belum tentu hitam putihnya: Belum tentu keputusan sesuatu perkara.
  • Hitam bagai pantat belanga: Perihal keburukan tabiat seseorang.
  • Hitam dikatakan putih, putih dikatakan: Tidak mengatakan yang sebenarnya, iaitu berdusta, atau berbohong.
  • Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya: Orang yang berlaku jahat dengan kemahuannya sendiri.
  • Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah: Yang buruk lebih berharga daripada yang cantik.
  • Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai: Meskipun cantik rupanya, yang hina tetap hina, dan yang mulia tetap mulia, meskipun buruk rupanya.
  • Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang: Barang yang buruk tetapi berguna disimpan, tetapi barang yang cantik tidak berguna dibuang.

Konotasi positif[sunting | sunting sumber]

  • Alam kepahlawanan Melayu lebih menganggap warna hitam sebagai tanda kepakaran yang hanya boleh dipakaikan dalam kalangan mahaguru.[1] "Hitam manis" juga merupakan penungkapan indah yang diberikan dalam menggambarkan rupa kaum wanita.[1][2]
  • Bagi puak-puak Maasai di Kenya dan Tanzania, warna hitam dikaitkan dengan awan hujan, dan menjadi perlambangan mereka untuk kehidupan dan kemakmuran.
  • Dalam bidang fesyen Barat, hitam dianggap sebagai suatu warna yang bergaya. Ini mungkin disebabkan oleh perbezaan warna ini dengan kulit putih mereka. (Sebaliknya, kemeja-T atau sut putih sering dianggap bergaya oleh orang-orang Afrika-Amerika.)
    • Dalam bahasa percakapan Barat, "hitam baru" merujuk kepada aliran semasa yang menganggap bahawa warna hitam ialah warna yang sentiasa popular.
  • Hitam sering diperlihatkan sebagai warna darjat: umpamanya, limusin biasanya berwarna hitam, dan baju tuksedo dipakai dalam majlis-majlis separuh rasmi yang tidak memerlukan pemakaian tali leher putih.
  • Hitam diperlihatkan sebagai warna untuk kesungguhan dan kuasa:
    • Sebagai tradisi, banyak paderi untuk mazhab-mazhab yang lebih lama memakai pakaian hitam.
    • Peguam-peguam dan hakim-hakim seringnya memakai jubah hitam; serupa juga dengan siswazah-siswazah universiti.
    • Beltzak (bahasa Sepanyol untuk "hitam", dinamakan sempena pakaian seragam mereka) ialah unit pengawalan rusuhan untuk Polis Autonomi Basque.
    • Sebagai tradisi, kereta-kereta polis adalah berwarna hitam dan putih.
  • Pengawasan Hitam ialah Rejimen Tanah Tinggi yang kanan bagi Angkatan Tentera Darat British.
  • Pangkat yang amat diminati dalam mana-mana satu seni silat ialah tali pinggang hitam.
  • Perfecti yang merupakan kaum teras dalam gerakan agama Catharisme memakai pakaian hitam. Orang agama Catharisme memperlihatkan warna hitam sebagai warna kesempurnaan.
  • Mimpi tentang kucing hitam, atau melihat seekor kucing hitam mendekati anda, dianggap sebagai petanda buruk pada suatu masa; bagaimanapun, ini semakin diperlihatkan sebagai nasib baik pada masa sekarang.

Peribahasa bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

  • Hitam-hitam gula Jawa ialah peribahasa bahasa Melayu yang bermaksud: Sungguhpun hitam tetapi manis dipandang.
  • Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih: Jangan disangka sesuatu yang buruk itu selamanya kurang harganya, malahan yang cantik itu adakalanya kurang berharga.
  • Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya: Orang dalam percintaan tidak mudah dipisahkan.

Konotasi neutral[sunting | sunting sumber]

  • Hitam di atas putih ialah sesuatu yang dibuat bertulis, umpamanya perjanjian.
  • Istilah "hitam" sering digunakan dalam Dunia Barat untuk merujuk kepada ras yang berkulit coklat. Warna kulit coklat boleh berbeza-beza dari coklat muda ke coklat yang lebih tua. Sila lihat: Orang kulit hitam dan Metafora warna untuk ras.
  • Dalam perdebatan, "perkara-perkara boleh merupakan hitam putih" membawa maksud bahawa persoalan itu mempunyai sifat dikotomi. Bagaimanapun, dualisme ini penuh dengan bahaya kerana seseorang mungkin akan memberi maksud "baik dan buruk" masing-masing untuk "hitam dan putih". Tidak terdapatnya banyak persoalan juga yang hanya mempunyai dua segi yang bertentangan.
  • Hitam seringnya melambangkan kekaburan, kerahsiaan, atau sesuatu yang tidak diketahui:
    • Kotak hitam ialah sebuah unit peralatan elektronik atau mekanik yang hanya perlu mengetahui punca input dan output, ciri dan tugasnya sahaja. Kandungan dan cara kerja perkakasan dalam unit tersebut tidak perlu diketahui untuk menggunakan peralatan tersebut. Kota hitam juga merujuk kepada peranti elektronik yang digunakan secara haram untuk memberhentikan isyarat yang memicu meter pembilang telefon bagi tujuan mengelakkan pembayaran bil yang tinggi bagi penggunaan penghantaran data. Dengan kata yang lain, kotak hitam ialah mana-mana satu peranti yang cara kerjanya tidak diketahui atau tidak perlu diketahui.
    • "Projek hitam", dalam bahasa Inggeris, merujuk kepada projek rahsia seperti Penyahsulitan Enigma, narkotik, atau operasi kilat polis.
    • Sebilangan pertubuhan digelarkan "hitam" sewaktu mereka tidak menonjolkan diri, seperti Societes Anonymes dan kongsi-kongsi gelap.
  • Istilah "lohong hitam" digunakan untuk runtuhan graviti bintang-bintang. Bagaimanapun, istilah ini adalah tidak tepat kerana lohong hitam tidak mempunyai banyak sifat yang sama dengan jasad-jasad hitam atau lowong hitam. Bagaimana, oleh sebab cahaya yang dipancarkan oleh lohong hitam tidak dapat keluar daripada ufuk peristiwanya, lohong hitam tidak dapat dilihat secara langsung.
  • Dalam perlumbaan kereta, bendera hitam merupakan isyarat untuk sesuatu pemandu masuk ke ruang perhentian.
  • Dalam politik Jerman, 'hitam' digunakan sebagai bahasa percakapan untuk parti-parti konservatif seperti Kesatuan Demokratik Kristian Jerman (Christian-Democratic Union of Germany) (CDU) dan Kesatuan Sosial Kristian Bavaria (Christian Social Union in Bavaria) (CSU).
  • Dalam politik Portugis, hitam ialah warna parti untuk Blok Sayap Kiri.
  • Di China kuno, hitam ialah salah satu daripada lima warna utama, dan merupakan lambang untuk 'Utara' dan 'Air'. Tiadanya konotasi yang positif atau negatif untuk penggunaannya. Sebenarnya, dalam kebudayaan Cina, putih ialah warna yang dikaitkan dengan kematian.
  • Hitam ialah warna untuk bola snuker yang mempunyai nilai 7 mata, serta merupakan bola biliard yang kelapan. Dalam permainan lapan bola biliard, pemasukan bola ini ialah tujuan permainan itu, tetapi jika bola ini dimasukkan sebelum kesemua bola yang lain dimasukkan, pemain itu dikira kalah dengan segera. Bola hitam biliard mempunyai lapan mata.
  • Hitam ialah warna untuk salah satu daripada dua pemain dalam permainan catur.
  • Hitam mata ialah bahagian mata yang hitam.
  • Cermin hitam yang dikilap digunakan untuk penelahan, dan dianggap membantu ahli sihir melihat dunia paranormal, tanpa gangguan.
  • Komuniti-komuniti Cina di negara-negara Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, menggelarkan Guinness Stout sebagai "bir anjing hitam" (pinyin: hei pi jiu). Guinness Stout ialah jenama untuk sejenis bir hitam.

Pakaian hitam[sunting | sunting sumber]

  • "Baju hitam" ialah nama untuk tentera awam Fasis Itali yang mempunyai konotasi yang negatif bagi orang-orang anti fasis, tetapi dianggap positif oleh orang-orang fasis sendiri.
  • Pasukan ragbi negara di New Zealand digelarkan "Semua Hitam" (All Blacks) sempena warna pakaian seragam mereka yang berwarna hitam.
  • Pengadil bola sepak, secara tradisi, memakai pakaian seragam yang hanya berwarna hitam. Bagaimanapun, mereka kini juga memakai pakaian yang mempunyai warna yang lain.
  • Ahli-ahli subbudaya moden Goth memakai pakaian yang mempunyai lebih banyak warna hitam.
  • Banyak penghibur muzik klasik Eropah dan muzik "serius" yang lain memakai pakaian yang hanya berwarna hitam untuk konsert atau resital.
  • Sebilangan besar pasukan sukan mempunyai pakaian seragam berwarna hitam. Banyak daripada mereka menganggap bahawa warna ini memberikan kelebihan psikologi kepada mereka. Pasukan-pasukan dalam golongan ini yang termasyhur termasuk: Oakland Raiders dan Pittsburgh Steelers daripada NFL, San Antonio Spurs daripada NBA, dan Inter Milan daripada Siri A untuk Liga-liga bola sepak Itali.
  • Hitam digunakan sebagai lambang faham anarki, dan kekadang dibahagikan secara serong dengan warna-warna yang lain untuk memberikan perlambangan yang lebih mendalam. Warna hitam juga merupakan kod pakaian untuk penyokong faham anarki, disebabkan manfaat praktis yang terdiri daripada fakta-fakta bahawa warna ini tidak menarik perhatian serta menyebabkan pengenalpastian seseorang lebih sukar. Strategi ini dirujuk sebagai "blok hitam" ("black bloc"). Benderanya yang hanya mempunyai warna hitam diterangkan sebagai lawan untuk bendera putih yang membawa maksud penyerahan kalah.

Peribahasa bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

  • Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya: Orang dalam percintaan tidak mudah dipisahkan.
  • Hitam tahan timpa, putih tahan sesah: Tetap tidak berubah, boleh dikaji keasliannya.
  • Rambut sama hitam, hati lain-lain: Tiap-tiap orang itu berlainan pendapatnya.

Pigmen-pigmen hitam[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Che Husna Azhari (Julai 1997). "Teknologi Warna Alam Melayu". Akademika. Universiti Kebangsaan Malaysia. 51: 53–63. ISSN 0126-5008.
  2. ^ "hitam". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  hitam perak kelabu putih merah merah manggis ungu fuksia hijau hijau pucuk pisang hijau buah zaitun kuning jingga biru biru kelasi biru belibis akua-marin
Warna Web                                      

Pautan luar[sunting | sunting sumber]