Benua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peta animasi menunjukkan bilangan benua mengikut pelbagai takrifan diberikan pelbagai pihak.

Benua (Jawi: بنوا) merupakan daratan tanah besar luas di atas muka planet Bumi.[1] Secara geologinya, daratan-daratan ini meliputi kerak benua ditemukan di plat benua, namun daratan yang terpecah kecil (seperti Madagaskar) mahupun yang digenangi laut (seperti Zealandia) biasanya tidak dikira sebahagian daratan benua utama ini. Daratan-daratan "benua" ini pula dipetakan terbahagi kepada rantau wilayah mengikut kelaziman difahamkan: bilangan wilayah "benua" ini dikira umum sebanyak 7 paling tinggi iaitu Asia, Eropah, Afrika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Antartika dan Australia.[2]

Hampir kesemua benua disebutkan di atas dianggap sebagai rantau-rantau utama sedunia melainkan benua Australia yang dirangkumkan dengan gugusan-gugusan pulau serata Lautan Pasifik dalam suatu rantau tersendiri diberi nama Oceania.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan benua merupakan turunan akar bahasa Proto-Austronesia *banua yang bermaksud "daratan diduduki".[3][4][5] Bahasa-bahasa turunan akar ini memberi seberapa makna ada saling berkaitan dalam kata-kata diwujudkan turunan kata purba ini seperti "kampung" (wanwa or wanua dalam bahasa Kawi, banua dalam bahasa Banjar) dan "tanah air" atau "negara" (menua dalam bahasa Iban, beluu dalam bahasa Palau, fonua dalam bahasa Tonga, whenua dalam bahasa Māori).[3]

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Benua secara umum difahamkan sebagai kumpulan wilayah daratan yang terhubung menjadi wilayah daratan yang luas yang idealnya terpisah oleh wilayah air yang sangat luas.[6] Meskipun begitu, benua-benua ini tidak terpisah oleh air dalam realitasnya, seperti benua Asia dan Eropah yang dihubungkan oleh perbatasan daratan yang luasnya bermil-mil.[7] Kriteria luas juga tidak dapat dipenuhi kerana Greenland yang luasnya lebih kecil berbanding Australia dikategorikan sebagai pulau. Atas dasar inilah, maka definisi benua belum memiliki definisi yang pasti. Namun, ada beberapa faktor yang dapat menjadi kriteria pengkategorian seperti wilayah plat tektonik, flora dan fauna endemik, kebudayaan setempat serta kepercayaan warga setempat atas status wilayah yang diduduki manusia warga sebagai benua untuk menyatakan suatu daratan dapat dikategorikan sebagai benua.[8]

Luas benua[sunting | sunting sumber]

Benua dalam disempitkan ertinya sebagai wilayah daratan yang luas yang menyatu lalu dianggap sebagai satu wilayah yang sama oleh suatu aturcara ditetapkan.[9] Namun dari perspektif ilmu geologi atau geografi fizik, benua dapat diperluas maknanya menjadi melangkaui batas wilayah kering daratan hingga mencakup wilayah sekitar yang tenggelam oleh lautan dalam, landas benua, lereng benua serta pulau-pulau yang berkedudukan selandasan benua tersebut yang secara geologinya tergabung sebagai sebahagian dari benua utama. Berdasarkan definisi benua yang dimaksud, maka tepi landas benua menjadi tepi benua yang sejati karena garis pantai dapat berubah-berubah seiring perubahan aras permukaan air laut yang menjadikan kepulauan British menjadi sebahagian dari benua Eropah sekaligusbBenua Australia dan pulau-pulau sekitar pulau Papua sebagai satu benua.[10]

Sebagai hasil dari konstruksi budaya, konsep benua dapat diperluas melebihi landas benua hingga mencakup pulau-pulau samudera dan bahagian-bahagian benua yang terpisah. Berdasarkan konsep ini, Iceland dianggap sebahagian dari Eropah dan Madagaskar sebahagian dari Afrika. Namun bila mengekstrapolasi konsep ini secara ekstrem, beberapa ahli geografi mengelompokkan lempeng benua Australasia bersama pulau-pulau lain di Pasifik menjadi satu benua yang disebut Oseania. Dengan cara ini, seluruh permukaan daratan di bumi terbahagi menjadi benua-benua atau "kuasibenua".[11]

Peta negara-negara pulau: negara-negara jenis ini sering dikelompokkan secara geografik dengan daratan benua yang terdekat.

Penentuan benua[sunting | sunting sumber]

Kriteria ideal bahwa setiap benua adalah daratan yang terpisahnya umumnya adalah konvensi sepanjang sejarah karena dari tujuh daratan yang diakui sebagai benua, hanya Antarktika dan Australia yang benar-benar terpisah dari benua-benua lainnya.[12] Asia dan Afrika disatukan oleh Tanah Genting Suez, sedangkan Amerika Utara dan Selatan terhubung oleh Tanah Genting Panama. Pada kedua kasus tersebut, sama sekali tidak ada pemisahan daratan oleh air (dengan mengenyampingkan Terusan Suez dan Terusan Panama (kedua-duanya sempit, dangkal dan merupakan buatan manusia).[13]

Amerika Utara dan Amerika Selatan dianggap sebagai benua terpisah dalam model tujuh benua, meskipun penentuan ini hanya berlaku setelah dekad 1950-an di Amerika Syarikat yang dahulunya menerapkan model enam benua di mana Amerika Utara dan Amerika Selatan menjadi benua Amerika.[14]

Kriteria daratan yang terpisah juga tidak berlaku untuk Benua Asia dan Afrika karena secara fisiografis Asia dan Afrika tergabung sebagai satu daratan yang menyatu yang dikenal dengan nama Eurasia. Pemisahan Asia dan Eropah sebagai benua lebih merupakan sebagai hasil tingggalan pemikiran Eurosentrisme yang antaranya menimbangkan Eropah seimbang dengan Cina dan India dari segi kepelbagaian budaya dan sejarah mahupun secara fizika.[15] Jika pemahaman benua disempitkan kepada hanya sebagai daratan yang menyatu, Afrika, Asia, dan Eropah dapat dianggap sebagai satu benua yang dikenal dengan nama Afro-eurasia.[16]

Pada Zaman Air Batu di masa Pleistosen, tingkat permukaan air laut lebih rendah dibanding sekarang sehingga landas benua menjadi daratan kering yang membentuk jambatan darat menghubungkan Tasmania dan daratan utama Australia sehingga pada masa itu, Australia dan Pulau Papua diamati membentuk satu benua. [17]

Jumlah benua[sunting | sunting sumber]

Kedudukan geografi ditakrifkan mengikut aturcara difahamkan setempat mewujudkan beberapa tanggapan terhadap mana-mana daratan luas yang diambil-kira sebagai suatu benua. Mengabaikan bila Antartika ditinggalkan, atau bila istilah Australasia atau Oceania mengambil-alih Australia, terdapat beberapa cara benua-benua ini dinamakan melalui beberapa model tentu:

Model
pus
Peta diwarnakan daratan menunjukkan berbagai benua; warna yang serupa menunjukkan wilayah yang mungkin disatukan atau dipisahkan.
4 benua     Afro-Eurasia    Amerika   Antarktika   Australia [16] [18][19]
5 benua   Afrika    Eurasia    Amerika   Antarktika   Australia [20][18][21][A]
6 benua   Afrika   Eropah   Asia    Amerika   Antarktika   Australia [18]
6 benua   Afrika    Eurasia   Amerika Utara   Amerika Selatan   Antarktika   Australia [9]
7 benua   Afrika   Eropah   Asia   Amerika Utara   Amerika Selatan   Antarktika   Australia [9][2]

Pembahagian lanjut[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oseania dianggap sebagai satu benua dengan Australia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Choi, Charles Q (16 July 2015). "Did Ancient Mars Have Continents?". Space.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 Disember 2020.
  2. ^ a b "Continents: What is a Continent?". National Geographic. 20 September 2011. Most people recognize seven continents—Asia, Africa, North America, South America, Antarctica, Europe, and Australia, from largest to smallest—although sometimes Asia and Europe are considered a single continent, Eurasia.
  3. ^ a b Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*banua - inhabited land, territory supporting the life of a community". Austronesian Comparative Dictionary. Honolulu: Universiti Hawaiʻi di Mānoa. Dicapai pada 26 Julai 2022 – melalui Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology.
  4. ^ Thomas Anton Reuter, Custodians of the Sacred Mountains: Culture and Society in the Highlands of Bali, University of Hawaii Press, 2002, p.29
  5. ^ Thomas Anton Reuter, Sharing the Earth, Dividing the Land: Land and Territory in the Austronesian World, ANU E Press, 2006, p. 326.
  6. ^ Lewis & Wigen 1997, m/s. 21.
  7. ^ Heinrich 2010, m/s. 5-6.
  8. ^ Upton, Emily (15 April 2013). "Why Greenland is an Island and Australia is a Continent | UC Geography". geog.ucsb.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 November 2020. Dicapai pada 6 Disember 2020. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  9. ^ a b c "continent". Definition, Map, & Facts (dalam bahasa Inggeris). Encyclopedia Britannica. Dicapai pada 7 Disember 2020.
  10. ^ Farmer & Cook 2013, m/s. 323.
  11. ^ Lewis & Wigen 1997, m/s. 40.
  12. ^ Lewis & Wigen 1997, m/s. 35.
  13. ^ Society, National Geographic (13 November 2013). "isthmus". National Geographic Society (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Disember 2020.
  14. ^ Lewis & Wigen 1997, m/s. 32.
  15. ^ Lewis & Wigen 1997, m/s. 11,36.
  16. ^ a b Baldwin 2005, m/s. 215.
  17. ^ Kennett, Chopping & Blewett 2018, m/s. 4.
  18. ^ a b c d "Continents - Worldometer". www.worldometers.info (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Disember 2020.
  19. ^ "How Many Continents Are There? | Wonderopolis". www.wonderopolis.org. Dicapai pada 2020-12-22.
  20. ^ "UCSB Science Line". scienceline.ucsb.edu. Dicapai pada 22 Disember 2020.
  21. ^ Villanueva, John Carl (19 November 2009). "How Many Continents Are There?". Universe Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-22.
  22. ^ "F-10 Curriculum Geograph". Australian Curriculum, Assessment, and Reporting Authority. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2014. Dicapai pada 26 Januari 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  23. ^ "National curriculum in England: geography programmes of study". GOV.UK (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 22 Disember 2020.
Sumber utama